Author abdul mu'iz hj abdul mutalip
Nationality brunei
Posted on Wednesday, 24 04 2019
Undang undang Syariah di Negara Brunei Darussalam adalah
berpandukan ajaran Agama Islam yang mana ianya adalah Agama rasmi di Negara Brunei
Darussalam.
Undang undang syariah ini adalah satu undang undang yang
bertoleransi. Undang undang ini dikhususkan bagi yang berAgma islam, manakala
orang yang bukan beragama islam pula, tidaklah sama hukumannya dengan orang
yang bukan beragama islam.
Pada masa ini, selepas hukuman Hudud dilaksanakan di Brunei
Darussalam, banyak daripada orang yang bukan beragama islam menolak undang
undang ini, jika mereka memahami bagaimana undang-undang ini dijalankan, kami
yakin mereka ini jugalah yang akan menyokong undang undang ini.
Majoriti daripada orang yang menolak undang undang ini adalah
disebabkan kurangnya kefahaman terhadap bagaimana cara ianya dijalankan dan
disabitkan jike berlaku suatu kes atau kesalahan dibawah hukuman jenayah
Syariah.
Sebagai contoh, sambutan hari Natal di negara Brunei bagi yang
tidak berugama islam, ianya masih dibenarkan, undang undang ini tidak juga
menindas Agama yang lain.
Brunei Darussalam juga menitik beratkan tentang larangan membawa,
menjual atau mengedar minuman yang memabukkan khususnya orang yang berugama
Islam, jika yang membawa atau meminum itu bukan yang berugama Islam adalah
dibenarkan, akan tetapi dengan Had-Had yang ditetapkan.
Meminum Arak adalah sesuatu yang telah dilarang dalam ugama Islam, Ini
kerana telah dinyatakan di dalam Al-Quran hukuman bagi meminum arak adalah
dilarang sama sekali bagi yang berugama Islam.
Firman Allah Ta’ala dalam surah Al Maidah ayat 90 :
﴿
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ
وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ
تُفْلِحُون َ﴾
Yang bermaksud : “ hai orang orang yang beriman, sesungguhnya (
meminum ) khamar, berjudi, menyembah berhala , mengundi nasib dengan panah
adalah perbuatan keji termasuk perbatan shaiton, maka jauhilah
perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”
Dan disini saya berikan tentang adanya toleransi di antara yang
berugama islam dan yang tidak mengikut ajaran islam dan juga undang undang
syariah
Firman Allah Ta’ala dalam surah al kafirun ayat 6 :
﴿ لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ ﴾
Yang bermaksud
: ” bagi kamu ugama kamu, bagi kuugamaku "